Uni Smart Pest Control

Racun Anai-Anai Terbaik untuk Membasmi dan Mencegah Serangan Anai-Anai Secara Berkesan!

Termite control near me

Serangan Anai-Anai: Ancaman yang Tidak Boleh Dipandang Ringan

Anai-anai adalah “musuh dalam diam” yang boleh merosakkan rumah tanpa disedari. Risiko serangan lebih tinggi jika rumah anda jenis teres atau berada di atas tanah. Jika tidak ditangani sepenuhnya, serangan ini akan terus berulang, menimbulkan kerosakan pada perabot, pintu kayu, dan lantai parquet. Anai-anai bekerja tanpa kelihatan, memakan kayu dari dalam sehingga perabot atau struktur rumah rosak teruk.

Tanda-Tanda Rumah Diserang Anai-Anai

  1. Laluan Anai-Anai: Laluan lumpur berbentuk urat menjalar pada dinding atau lantai, menuju ke kayu.
  2. Kehadiran Kelkatu: Kelkatu (anai-anai bersayap) sering mengerumuni lampu selepas hujan. Ini tanda anai-anai mencari tempat bersarang.
  3. Kayu Berbunyi Kosong: Ketukan pada kayu diserang anai-anai menghasilkan bunyi kosong, tanda ia dimakan dari dalam.

Jika rumah anda menunjukkan tanda-tanda ini, bertindak segera dengan menggunakan racun anai-anai yang sesuai atau dapatkan bantuan profesional.

Jenis Racun Anai-Anai yang Berkesan

  1. Fliponil: Racun ini menyebar melalui sentuhan di koloni, memusnahkan seluruh koloni secara perlahan.
  2. Bifenthrin: Racun selamat untuk kanak-kanak dan haiwan peliharaan, berkesan membunuh anai-anai serta-merta.
  3. Imidacloprid: Racun sederhana berkesan untuk anai-anai serta serangga lain seperti lipas dan kutu.
  4. Hexaflumoron: Racun jenis umpan yang membasmi seluruh koloni, termasuk ratu anai-anai, dengan risiko rendah kepada alam sekitar.

Pilih yang Pakar

Jika serangan anai-anai terlalu teruk atau anda tidak pasti cara menanganinya, dapatkan bantuan daripada syarikat kawalan serangga perosak profesional. Apa yang penting, anai-anai perlu dihapuskan segera untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk pada rumah anda.

Book a site visit

Book a site visit by our pest control experts. Fill up the form and our customer service will be in touch with you to set an appointment

Book a site visit
Name
Name
First Name
Last Name